Fungsi alat muzik perkusi dalam permainan dan persembahan.
Alat-alat Perkusi |
Alat muzik perkusi bukan sahaja dimainkan sebagai pengiring muzik dan irama, bahkan sebagai melodi dan harmoni.
Tualng Belakang |
Jantung |
Alat muzik perkusi dianggap
sebagai "tulang belakang",
atau "jantung" dalam
sebuah permainan dan persembahan muzik. Alat muzik perkursi selalu bekerjasama
dengan alat muzik bass. Pada muzik jazz dan muzik popular, pemain bass dan pemain
drum sering dibahagikan kepada bahagian irama. Kebanyakan muzik-muzik klasik
yang ditulis untuk penampilan sebuah orkestra lengkap sejak zaman Hadyn dan
Mozart dengan menggunakan alat-alat muzik ‘string’, rekoder kayu dan rekoder
logam. Pada abad ke lapan belas dan sembilan belas, jenis alat muzik perkusi
yang digunakan dengan banyaknya adalah seperti ‘triangle’ dan ‘simbal’, mereka
masih berfungsi seperti peranan timpani, iaitu untuk memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam muzik. Bagaimanapun,
pada abad ke dua puluh, alat muzik perkusi sering digunakan dalam persembahan
muzik-muzik klasik.
Dalam setiap
persembahan muzik, alat perkusi memainkan peranan yang penting. Instrumen perkusi
digunakan untuk memulakan sesuatu perarakkan band. Dalam sebuah ‘marching band’,
alat muzik perkusi digunakan sebagai penjaga
tempo, dan detak yang membolehkan para pemain berjalan secara serentak dan
dalam irama dan kelajuan yang sama. Dalam muzik jazz klasik, pendengar dapat
membezakan jenis irama dengan segera dari ‘hi-hat’ atau bunyi simbal saat kata
‘swing’ diucapkan. Dalam budaya muzik yang lebih popular, hampir tidak mungkin
untuk menamakan tiga atau jenis irama pada muzik rock, hip-hop, rap, funk atau
bahkan jiwa kerana corak permainan perkusi tidak mempunyai irama dengan ketukan
yang sama.
Pelbagai jenis alat
muzik perkusi selalu dimainkan pada permulaan esemble muzik besar. Irama,
melodi, dan harmoni semua muncul dan hidup dalam penampilan tersebut, dan
seringkali merupakan persembahan yang menarik.
0 comments:
Post a Comment