Thursday 11 September 2014

Gendang Tradisional

Gendang Tradisional
 
                   Rebena                                    Tetawak                                   Gedombak








                                 Beduk                                                                              Jidur
Gendang tradisional ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.
Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.
Gendang Melayu dimainkan oleh masyarakat melayu mempunyai muka yang berlainan saiz. Satu muka dipasang dengan belulang lembu dan satu muka dipasang dengan belulang kambing. Belulang tersebut disirat dengan tali rotan dan dililit dengan rotan yang dibelah dua. Belulang itu ditegangkan dengan memasang gelung-gelung yang diperbuat dari rotan. Badanya diperbuat dari kayu nangka dan dipanggil temiang. Temiang berdekatan dengan muka besar, melengkung sedikit dan dililit dengan rotan. Gendang ini ada 2 saiz, yang besar dipanggil gendang ibu dan yang kecil dipanggil gendang anak. Gendang ini dimainkan dengan cara meriba dengan kedudukan melintang dan permukaannya dipalu dengan tapak tangan. Cara gendang ini ditala (tune) ialah dengan cara mengetatkan talinya. Ianya dimain ketika persembahan silat, wayang kulit atau main puteri.
Di kalangan masyarakat Iban di Sarawak, gendang merupakan alat muzik tradisional yang sering digunakan terutamanya semasa majlis, perayaan-perayaan atau upcara-upacara tertentu seperti Hari Gawai. Biasanya hanya satu jenis gendang masyarakat Iban. Gendang ini diperbuat daripada kayu yang ditebuk memanjang. Permukaan gendang agak kecil lebih kurang satu jengkal diameter (8 inci). Panjang gendang lebih kurang 1 meter. Permukaan gendang dipasang dengan kulit binatang seperti kulit kijang atau rusa yang ditegangkan dengan rotan. Gendang dimainkan dengan cara meriba dan dipalu dengan tapak tangan sahaja.

1 comment:

  1. Casino no deposit bonus codes | GAMBLERSNO!
    › casino-no-deposit-casino-no › casino-no-deposit-casino-no 토토 사이트 You https://tricktactoe.com/ can also play slot games on slot machine games at one of the many online apr casino casino gri-go.com sites, such https://febcasino.com/review/merit-casino/ as the casino.com.

    ReplyDelete

Copyright © 2014 Little Percussion ♫