Thursday 11 September 2014

Kertuk Kayu


Kertuk Kayu sejenis alat idiofon yang mempunyai peranan yang suci bagi masyarakat Islam di Malaysia, khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman dan desa. Diperbuat daripada jenis kayu yang terpilih, lazimnya dari spesis 'Nangka' dan berbentuk 'oblong' iaitu memanjang. Pada permukaannya ditebukkan lubang khas yang berfungsi sebagai lubang suara ataupun gema. Ianya dipalu dengan kayu yang diperbuat daripada kayu yang keras untuk menghasilkan bunyi. Sering kelihatan digantung pada anjung masjid ataupun surau di kampung-kampung dan dipalu menandakan masuknya waktu-waktu untuk bersolat dan diikuti dengan laungan azan. Ianya merupakan alat asli bagi orang-orang Melayu di Nusantara. Selain daripada kegiatan yang berunsur keagamaan bagi umat Islam di rantau ini, ianya juga digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi.

Istilah 'Kertuk Kayu' bagi maksud ini merupakan satu nama yang sering digunakan oleh orang-orang Melayu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya, manakala masyarakat di Johor dan di negeri-negeri lain alat ini dikenali sebagai 'Kerantung' juga mendukungi fungsi yang sama seperti Kertuk Kayu.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 Little Percussion ♫