Wednesday, 10 September 2025

Pengenalan

Pelbagai Alat Perkusi

Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.

            Alat-alat perkusi boleh didefinisikan sebagai alat-alat muzik yang bunyinya dihasilkan dengan cara diketuk, dipalu, digoncang, digores, digesel, digoyang, digoncang dan bermacam cara lagi yang bukan konvensional bagi menghasilkan bunyinya. Pukulan atau paluan dilakukan sama ada menggunakan pemukul khusus atau hanya menggunakan tangan sahaja. Terdapat dua jenis alat muzik perkusi tradisional, iaitu Idiofon dan Membranofon serta dua jenis alat muzik perkusi moden, iaitu alat perkusi berpic dan alat perkusi yang tidak berpic atau tanpa pic. Alat-alat muzik perkusi lumrah didapati dalam muzik tradisional atau dalam sesuatu muzik etnik suku kaum di Malaysia khususnya. Sebahagian daripada alat perkusi ini digunakan di dalam persembahan orkestra masa kini.

Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra. Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya. Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.

       Seorang pengiring, biasanya guru muzik akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen atau menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan.



Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi.

Tuesday, 10 September 2024

Penerangan dan teknik permainan alat muzik perkusi

Bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul. Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting. Cara bermain alat-alat perkusi adalah berbeza antara satu sama lain.



1. Jenis alat perkusi yang dimainkan dengan cara dipalu, ditepuk atau diketuk iaitu:


2.Jenis alat-alat perkusi yang dimainkan dengan cara digoncang atau digoyang ialah:


3. Ada juga alat perkusi yang dimainkan dengan cara digesel atau digores.

Sunday, 10 September 2023

Fungsi alat muzik perkusi dalam permainan dan persembahan.

Alat-alat Perkusi

Alat muzik perkusi bukan sahaja dimainkan sebagai pengiring muzik dan irama, bahkan sebagai melodi dan harmoni.
Tualng Belakang
Jantung
Alat muzik perkusi dianggap sebagai "tulang belakang", atau "jantung" dalam sebuah permainan dan persembahan muzik. Alat muzik perkursi selalu bekerjasama dengan alat muzik bass. Pada muzik jazz dan muzik popular, pemain bass dan pemain drum sering dibahagikan kepada bahagian irama. Kebanyakan muzik-muzik klasik yang ditulis untuk penampilan sebuah orkestra lengkap sejak zaman Hadyn dan Mozart dengan menggunakan alat-alat muzik ‘string’, rekoder kayu dan rekoder logam. Pada abad ke lapan belas dan sembilan belas, jenis alat muzik perkusi yang digunakan dengan banyaknya adalah seperti ‘triangle’ dan ‘simbal’, mereka masih berfungsi seperti peranan timpani, iaitu untuk memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam muzik. Bagaimanapun, pada abad ke dua puluh, alat muzik perkusi sering digunakan dalam persembahan muzik-muzik klasik.

Dalam setiap persembahan muzik, alat perkusi memainkan peranan yang penting. Instrumen perkusi digunakan untuk memulakan sesuatu perarakkan band. Dalam sebuah ‘marching band’, alat muzik perkusi digunakan sebagai penjaga tempo, dan detak yang membolehkan para pemain berjalan secara serentak dan dalam irama dan kelajuan yang sama. Dalam muzik jazz klasik, pendengar dapat membezakan jenis irama dengan segera dari ‘hi-hat’ atau bunyi simbal saat kata ‘swing’ diucapkan. Dalam budaya muzik yang lebih popular, hampir tidak mungkin untuk menamakan tiga atau jenis irama pada muzik rock, hip-hop, rap, funk atau bahkan jiwa kerana corak permainan perkusi tidak mempunyai irama dengan ketukan yang sama.



Pelbagai jenis alat muzik perkusi selalu dimainkan pada permulaan esemble muzik besar. Irama, melodi, dan harmoni semua muncul dan hidup dalam penampilan tersebut, dan seringkali merupakan persembahan yang menarik.

Saturday, 10 September 2022

Alat Muzik Perkusi Tradisional dan Modern

Alat Perkusi Tradisional 
Terdapat dua jenis alat muzik perkusi tradisional, iaitu Idiofon dan Membranofon.



Jenis-jenis alat yang mana suaranya dapat dihasilkan secara spontan melalui kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semula jadi sesebuah alat ini. Ia dibuat daripada bahan logam, kayu atau buluh. Jenis alat idiofon dalam budaya muzik masyarakat melayu tradisi.
  • Knobbed gong
  • Slabbed-type
  • Tubed-type




Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan kulit yang diregangkan. Contoh alat seperti:
  • Kumpulan Gendang 'Satu Muka'
  • Kumpulan Gendang 'Dua Muka'

Alat Perkusi Modern


Terdapat dua jenis alat muzik perkusi moden, iaitu alat perkusi berpic dan alat perkusi Tidak berpic atau tanpa pic.

Friday, 10 September 2021

Alat Muzik Perkusi Moden


Terdapat dua jenis alat muzik perkusi moden, iaitu alat perkusi berpic dan alat perkusi Tidak berpic atau tanpa pic.

Tuesday, 10 September 2019

Latihan intensif dan Kuiz

Sesi latihan asas mainan alat perkusi ini disediakan sebagai merangsang kemahiran bermain secara konvensional di peringkat permulaan. Latihan asas ini boleh dimulakan dengan membuat tepukan dan meniru sebutan mirip bunyi alat perkusi berkenaan seperti skor di bawah. Gunakan perkusi mulut meniru sebutan mirip bunyi alat perkusi berkenaan seperti skor di bawah. Gunakan perkusi mulut meniru bunyi alat perkusi sebenar. Peringkat seterusnya terus memainkan alat sebenar berpandukan skor berkenaan.

Latihan 1. Dua jenis alat perkusi dimainkan serentak.

Latihan 2. Tiga jenis alat perkusi dimainkan serentak.

Contoh-contoh latihan irama sebagai pengukuhan permainan alat perkusi.
(Gunakan perkusi mulut di peringkat permulaan)









KUIZ

1. Alat muzik perkusi tradisional dibahagikan kepada berapa jenis?
    A. 1
    B. 2
    C. 3
    D. 4

2. Apakah jenis alat muzik perkusi tradisional yang dibuat daripada bahan logam, kayu 
    atau buluh?
    A. Idiofon
    B. Membranofon

3. I   Knobbed gong
    II  Kumpulan Gendang 'Satu Muka'
    III Kumpulan Gendang 'Dua Muka'
    IV Tubed-type

    Berdasarkan alat-alat muzik perkusi tradisional di atas, pilih alat-alat yang merupakan   
    alat jenis membranofon.

    A. I dan II
    B. II dan III
    C. I dan III
    D. III dan IV

4. Berapakah jenis alat yang terdapat dalam alat perkusi modern?
    A. 1
    B. 2
    C. 3
    D. 4

5. Alat perkusi jenis apa yang boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 not dalam pic yang       tepat dan standard?
    A. Alat Perkusi Berpic
    B. Alat Perkusi Tanpa Berpic

6. I   Simbal
    II  Vibraphone
    III Xylophone
    IV Kastenet

   Berdasarkan alat-alat perkusi di atas, pilih alat-alat yang merupakan alat perkusi tidak   
   berpic.
   A. I dan II
   B. II dan III
   C. III dan IV
   D. I dan IV

7. Terdapat berapa jenis tamburin yang dapat ditemui lazimnya?
    A. 1
    B. 2
    C. 3
    D. 4

8. Dalam teknik bermain conga dram, terdapat lima pukulan asas dalam teknik strok.     
    Berdasarkan pilihan di bawah, pilih pukulan asas yang betul dalam teknik strok.

   I    Nada terbuka
   II   Bass nada
   III  Slap nada
   IV  Sentuh nada

   A. I, II dan III sahaja
   B. I, II dan IV sahaja
   C. II, III dan IV sahaja
   D. I, II, III dan IV

9. Simbal terdiri daripada berapa jenis?
    A. 2
    B. 3
    C. 4
    D. 5

10. Apakah nama alat perkusi yang dimainkan dengan memegang di tangan kiri atau di 
      tangan kanan dan memasukkan ibu jari ke dalam lubang?
      A. Kastenet
      B. Dram tenor
      C. Pengkerik (Guiro)
      D. Kayu tik tok


Selamat Menjawab 
Semoga Berjaya Menguasai Pengetahuan Tentang Alat-alat Perkusi 




JAWAPAN KUIZ
1.   B
2.   A
3.   B
4.   B
5.   A
6.   D
7.   B
8.   D
9.   D
10. C

Monday, 10 September 2018

Demontrasi Alat-alat perkusi


i) Vibraphone
Teknik Bermain Vibraphone


ii) Xylophone

 
Teknik Bermain Xylophone

iii) Bongo

Teknik Bermain Bongo

iv) Conga

Teknik Bermain Conga



v) Timpani


Teknik Bermain Timpani



vi) Tamborin
Teknik Bermain Tamborin









Sunday, 10 September 2017

Blogger Lain tentang Muzik




Copyright © 2014 Little Percussion ♫